Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Palu, 09 Oktober 2022 : Bersempena dengan sambutan maulidurrasul 1444 Hijri, Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah turun melaksanakan misi musaadah bagi merasmikan 04 buah masjid yang telah berjayakan disiapkan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Misi ini telah diketuai oleh YBrs Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM yang mewakili YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HEA). Turut sama dalam rombongan tersebut adalah YBrs Dr Ahmad Sani bin Dato' Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM.

Pada hari ini rombongan telah berjaya merasmikan tiga buah masjid yang telah musnah sama sekali akibat musibah gempa bumi dan tsunami dahsyat yang melanda bumi Palu pada tahun 2018.

Masjid yang telah dirasmikan ialah Masjid Al Muhajirin Tondo, Masjid Nur Yahya di Bayaoge dan Masjid Babul Khairat.

Masjid-masjid ini didirikan hasil sumbangan orang ramai melalui kutipan yang telah dilakukan oleh agensi di bawah YB Menteri.

Dalam ucapan perasmian, YBrs Tuan Haji Ruslan bin Said menyeru kepada semua penduduk dan masyarakat agar semua menjadi penggerak utama dlm memastikan semua masjid ini diimarahkan dengan selayaknya. Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah bahkan merangkumi semua fungsi kehidupan.
Kos bagi menyiapkan masjid-masjid ini menelan belanja sebanyak RM250,000.00 bagi setiap masjid.

Semua penduduk yang ditemui menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sama sama menyelami perasaan suka dan duka bersama masyarakat di Palu yang ditimpa musibah.

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 1

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 2

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 3

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 4

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 5

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 6

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 7

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 8

Skuad Musaadah Di Palu Sulawesi Tengah 9