Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan,
Budi sedikit manakan hilang,
Itu nama kenang-kenangan.

Ilmu yang dicurah, keringat yang diperah, pengorbanan yang tak sudah, akan sentiasa diingati hingga ke akhirnya. Justeru, bagi mengenang segala jasa yang diberikan oleh ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil bagi sesi 2020 – 2022, JAKIM telah mengadakan Majlis Apresiasi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Sesi 2020 – 2022 pada 14 Oktober 2022 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Majlis turut dihadiri:

(i) YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abd Rahman;
Mantan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

(ii) YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamarudin;
Anggota Jawatankuasa Teknikal, Mantan Profesor, International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

(iii) YBhg. Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar;
Anggota Jawatankuasa Teknikal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syarie dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

(iv) YBhg. Dato’ Haji Muhamad Asri bin Abdullah;
Anggota Jawatankuasa Teknikal, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan mantan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

(v) YBhg. Dato’ A. Aziz bin A. Rahim;
Anggota Jawatankuasa Teknikal, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia

(vi) YBhg. Prof. Datin Dr. Raihanah binti Hj. Abdullah;
Anggota Jawatankuasa Teknikal, Profesor, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

(vii) YBrs. Dr Nurhafilah binti Musa;
Anggota Jawatankuasa Teknikal, Pegawai Tugas-tugas Khas, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

(viii) Tuan Ahmad Jailani bin Abdul Ghani
Anggota Jawatankuasa Teknikal, Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie Pulau Pinang

YB Menteri dan pengurusan tertinggi JAKIM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan sepanjang menganggotai Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil. Jasa dan sumbangan yang tidak ternilai tidak akan pernah dilupakan dan akan terus terpahat dalam lipatan sejarah perundangan Syariah di Malaysia.

Majlis Apresiasi Jawatankuasa Teknikal Undang2 1

Majlis Apresiasi Jawatankuasa Teknikal Undang2 2

Majlis Apresiasi Jawatankuasa Teknikal Undang2 3