Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit KAFA Daerah Tanah Merah, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan telah mengadakan Kursus ICT Guru KAFA bertempat Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah Kelantan pada 21 September 2022 jam 8 pagi yang lalu. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 65 orang Guru KAFA Daerah Tanah Merah dan dibimbing oleh penceramah jemputan Encik Kamal Bin Mustapa.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk ke arah meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan Guru KAFA dengan memfokuskan kepada penggunaan Microsoft Excel di kalangan peserta yang terlibat.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, Guru KAFA mampu menguasai asas penggunaan Microsoft Excel dan celik IT dalam menjalankan tugas seharian.

Kursus ICT Guru KAFA 1

Kursus ICT Guru KAFA 2

Kursus ICT Guru KAFA 3

Kursus ICT Guru KAFA 4