Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 28 September 2022 yang lalu, Unit KAFA Daerah Tanah Merah telah mengadakan Program Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Guru KAFA Daerah Tanah Merah Kelantan. Program yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah bermula jam 8.00 pagi ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang Guru KAFA dari Daerah Tanah Merah Kelantan.

Objektif bengkel ini adalah untuk Meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Arab di kalangan Guru KAFA daerah Tanah Merah Kelantan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Ustaz Mohamad Pediah Bin Che Haron.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan lagi Penguasaan Bahasa Arab dikalangan Guru KAFA daerah Tanah Merah Kelantan agar bertambah mantap.

Bengkel Bahasa Arab Guru KAFA Tanah Merah 1

Bengkel Bahasa Arab Guru KAFA Tanah Merah 2

Bengkel Bahasa Arab Guru KAFA Tanah Merah 3

Bengkel Bahasa Arab Guru KAFA Tanah Merah 4