Kurator Berita : Darul Quran
29 September 2022- Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah, Cawangan Akademik Darul Quran pada hari ini telah menerima lawatan daripada USIM bagi tujuan audit akademik untuk Program Pengajian Ijazah Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ bagi Semester 2 sesi akademik 2022/2023.

Audit yang dijalankan adalah meliputi fail pengajian dan pembelajaran, fail pengurusan akademik, fail pengurusan aduan, fail aktiviti pelajar ijazah, fail latihan industri serta projek ilmiah. Lawatan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Noornajihan Ja’far, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) bersama enam orang juruaudit turut disertai pensyarah-pensyarah Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah di Darul Quran yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah, Dr. Muhammad Hapizi bin Sulaiman yang mewakili Pengarah Darul Quran.

Laporan hasil pengauditan telah dibentangkan dan dirumuskan sebagai menepati dan mematuhi kehendak audit yang tetapkan.

Audit Akademik Quran Sunnah USIM DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=642