Kurator Berita : Darul Quran
29 September 2022 - Bagi menunaikan hasrat MRSM Gemencheh untuk mendapatkan pendedahan serta bimbingan berkaitan pelaksanaan PdP tasmi’ hafazan al-Quran, DQ telah mengatur sesi taklimat bertajuk "Perkongsian Pengalaman PdP Tahfiz Di Darul Quran". Sesi taklimat ini merupakan agenda utama lawatan penanda aras ke kampus Darul Quran yang diadakan oleh delegasi MRSM Gemencheh hari ini.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Tahfiz, Ustazah Yusida binti Yusof. Para pelawat telah mengambil sepenuh manfaat daripada lawatan ini dengan bertanya pelbagai soalan kepada pihak Darul Quran.

Sesi lawatan ini selesai dengan pertukaran cenderahati dari kedua-dua institusi.

DQ Kongsi Pengalaman PdP Tahfiz

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=645