Kurator Berita : Darul Quran
5 Oktober 2022 – Darul Quran sentiasa komited bagi memastikan mutu penyampaian bagi proses pembelajaran dan pengajaran di Darul Quran serta institusi yang menjalankan kerjasama dengan Darul Quran sentiasa dalam tahap yang terbaik terutama berhubungan dengan subjek Hifz al-Quran. Bagi mencapai matlamat ini, DQ telah mengadakan Kursus Profesionalisme Pensyarah Tasmik Pensijilan Darul Quran–Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kolaborasi 2022 yang dilaksanakan bermula selama tiga hari iaitu dari 3 hingga 5 Oktober 2022.

Kursus ini melibatkan penyelaras serta pensyarah tasmi' dari institusi-institusi pengajian tinggi yang berkolaborasi dengan Darul Quran dan menawarkan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran DQ-IPT. Kursus yang melibatkan 21 orang peserta ini disertai oleh peserta dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan University of Cyberjaya (UoC).

Diharapkan objektif kursus iaitu untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) kursus Hifz al-Quran di samping membincangkan isu serta permasalahan berkenaan PdP pelajar-pelajar tahfiz al-Quran tercapai. Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kualiti Darul Quran, Ustazah Rosliza binti Abdul Latif.

Kursus Profesionalisme Pensyarah Tasmi