Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Pengukuhan institusi keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan kesejahteraan kehidupan. Bagi tujuan yang tersebut, Kursus Praperkahwinan Islam dan Kursus Pascaperkahwinan Islam telah dilaksanakan oleh semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dengan modul yang telah diselaraskan.

Bagi memastikan penyampaian modul yang sentiasa relevan dengan keperluan, isu serta cabaran semasa, justeru Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM telah menganjurkan Simposium Penceramah/ Fasilitator Kursus Praperkahwinan Islam dan Pascaperkahwinan Islam Peringkat Kebangsaan 2022 pada 9 November 2022 di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Tema yang diangkat sebagai perbincangan dalam simposium ini ialah berkaitan Inisiatif Lelaki Qawwam, iaitu “Lelaki Qawwam, Lelaki Dambaan Syurga”. Simposium ini diadakan sebagai usaha untuk menyebar luas kefahaman berkaitan kepentingan untuk memperkasa dan menampilkan keupayaan lelaki sebagaimana acuan al-Quran dan Hadith. Dengan kehadiran 400 orang penceramah serta fasilitator Kursus Praprkahwinan Islam dan Pascaperkahwinan Islam seluruh Malaysia, simposium ini mencapai hasrat dan objektifnya.

Memulakan acara, satu sesi pembentangan berkaitan Inisiatif Lelaki Qawwam telah disampaikan oleh Us. Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM. Acara diteruskan dengan sesi Forum bertajuk “Kursus Praperkahwinan dan Pascaperkahwinan Islam Dalam usaha Memperkasa Lelaki Qawwam” telah dikendalikan oleh Us. Norzaidan bin Hamad, Penolong Pengarah Kanan, Unit Komunikasi Korporat, JAKIM bersama dua (2) orang panel, YBhg. Datuk Haji Munir bin Haji Md. Salleh, Pegawai Istana Negara dan Ust. Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM. Forum yang diadakan ini secara tidak lansgung memberi penjelasan yang lebih tuntas kepada semua peserta simposium sebagai usaha menambahbaik pengendalian modul bagi kedua-dua kursus ini.

Mengakhiri simposium ini, Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Aminuddin bin Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dasar dan Kemajuan Islam, JAKIM bagi mewakili YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. Turut hadir ialah YBrs. Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian, Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Selain mengingatkan peserta agar menyesuaikan penyampaian modul bagi Kursus Praperkahwinan Islam dan Pascaperkahwinan Islam dengan input dan maklumat berkaitan Inisiatif Lelaki Qawwam, beliau turut menyarankan agar semua perserta melaksanakan tugas sebagai penceramah dengan itqan, iaitu tekun dan bersungguh-sungguh.

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 1

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 2

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 3

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 4

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 5

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 6

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 7

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 8

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 10

Inisiatif Lelaki Qawwam Diperjelas Dalam Kursus Praperkahwinan 11