Kurator Berita : Bahagian Dakwah
21 Nov 2022: Kota Kinabalu - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pandangan dan pendekatan berkaitan program pengimarahan masjid di samping mengadakan kolaborasi masjid-masjid utama JAKIM dan masjid-masjid Wilayah Persekutuan dalam menjadikan masjid sebagai one-stop centre.

Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM dan diiringi oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Pengarah JAWI dan Imam-imam Besar masjid-masjid utama JAKIM.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu juga turut menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Lawatan Penanda Aras SPMM ke Masjid Bandaraya 1

Lawatan Penanda Aras SPMM ke Masjid Bandaraya 2

Lawatan Penanda Aras SPMM ke Masjid Bandaraya 3