Kurator Berita : Bahagian Dakwah
21 November 2022, Kudat: Penduduk di Kg Tanjung Kapor Kudat melahirkan rasa syukur di atas keprihatinan JAKIM yang turun padang menyantuni mangsa mangsa kebakaran yang berlaku pada 10 Oktober 2022.

Kebakaran tersebut telah mengakibatkan 52 keluarga telah kehilangan tempat kediaman.

Dalam program ini Jakim telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa mangsa terlibat yang bernilai RM10,400.00.

Sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Turut hadir dalam program tersebut adalah YBhg Tn Hj Mohamad Kori bin Jusoh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim, YBhg. Datuk Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI, YBhg Datuk Norjeli bin Dais Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Tn Hj Bakri bin Nanun, Pegawai Daerah Kudat, Imam Besar Masjid Negara, Imam Besar Masjid Putra dan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Kebakaran Di Kudat 1

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Kebakaran Di Kudat 2

Skuad Musaadah Menyantuni Mangsa Kebakaran Di Kudat 3