Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bengkel Pemerkasaan Penyelia KAFA Negeri Kelantan Tahun 2022 Telah diadakan pada 17 Oktober 2022 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Aqil, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut. Bengkel anjuran Unit Latihan & Pemantauan, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan diadakan bertujuan untuk Memperkasakan Penyelia KAFA dan semua warga Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan dalam aspek pengurusan fail dan rekod serta penelitian pada instrumen pemantauan dan penyediaan Pesanan Tempatan (LO). Bengkel diadakan selama 3 hari 2 malam bertarikh 17-19 Oktober 2022, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah dihadiri oleh peserta seramai 35 orang Penyelia KAFA Negeri Kelantan termasuk semua warga Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan. Penceramah bengkel ini ialah Encik Nor Azizol Bin Daud,Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan. Majlis penutupan bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustazah Jamilah bin Mohd Jamil, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat menyediakan para peserta untuk menghasilkan program kursus dan latihan pembelajaran Pendidikan Islam secara dalam talian di negeri masing-masing.

Bengkel Pemerkasaan Penyelia KAFA Kelantan 2022 1

Bengkel Pemerkasaan Penyelia KAFA Kelantan 2022 2

Bengkel Pemerkasaan Penyelia KAFA Kelantan 2022 3

Bengkel Pemerkasaan Penyelia KAFA Kelantan 2022 4

Bengkel Pemerkasaan Penyelia KAFA Kelantan 2022 5