Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Latihan dan Pemantauan Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan telah menjayakan Kursus Asas Guru KAFA Baharu Siri 1 Tahun 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut, Terengganu. Kursus ini telah melibatkan 50 orang Guru KAFA baharu lantikan Julai dari Daerah Pasir Mas, Tumpat, Gua Musang dan Kuala Krai. Penceramah yang terlibat ialah Encik Shahran Bin Ahmad dan Encik Wan Tarmimin Bin Wan Bakar dari Jabatan Pendidikan Daerah Negeri Kelantan.

Kursus yang diadakan selama 2 hari 1 malam bertarikh 26 - 27 Okt 2022 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru KAFA baharu lantikan Julai 2022 mengenai ilmu pedagogi, pengurusan bilik darjah, asas pembelajaran abad Ke-21 (PAK 21), dan etika pemakaian penjawat awam. Diharapakan perserta kursus ini dapat memperolehi ilmu baru serta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kursus Asas Guru KAFA Baharu Siri 2 2022 1

Kursus Asas Guru KAFA Baharu Siri 2 2022 2

Kursus Asas Guru KAFA Baharu Siri 2 2022 3

Kursus Asas Guru KAFA Baharu Siri 2 2022 4

Kursus Asas Guru KAFA Baharu Siri 2 2022 5