Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Taklimat Taklimat Ketua Pengawas, Pengawas dan Pemeriksa Kertas UPKK 2022 Daerah Kuala Krai telah diadakan pada 27 Oktober 2022 bertempat di Bilik Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai. Bengkel anjuran Unit KAFA Daerah Kuala Krai, SPKK, Bahagian Pendidikan JAKIM diadakan bertujuan untuk Memastikan perjalanan UPKK berjalan dengan lancar dan telus di semua pusat peperiksaan Negeri Kelantan. Taklimat ini telah dihadiri oleh peserta seramai 125 orang Guru KAFA di sekitar daerah Kuala Krai. Taklimat yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pukul 1.30 tengah hari.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat memperkemaskan persediaan Ketua Pengawas, Pengawas dan Pemeriksa Kertas UPKK 2022 agar memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Taklimat Pengawas dan Pemeriksa UPKK 2022 1

Taklimat Pengawas dan Pemeriksa UPKK 2022 2

Taklimat Pengawas dan Pemeriksa UPKK 2022 3

Taklimat Pengawas dan Pemeriksa UPKK 2022 4

Taklimat Pengawas dan Pemeriksa UPKK 2022 5