Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
30 Oktober 2022 - Unit KAFA Daerah Jeli Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan telah mengadakan Seminar Bahasa Arab Bagi Calon UPKK Tahun 2022 SK Legeh, Jeli Kelantan melibatkan penyertaan 65 orang calon UPKK SK Legeh. Kursus ini telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Legeh, Jeli Kelantan.bermula jam 9.00 pagi.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk Membincangkan bentuk soalan peperiksaan dan teknik menjawab berkesan. Penceramah kursus ini ialah Penceramah Jemputan: Ustaz Mohd Arif Bin Hj. Hasan (Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Pentadbiran Agama Islam, Slim River, Perak).

Program ini juag telah memberi pendedahan kepada murid berkenaan bentuk soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan dan cara menjawab, disamping turut diselitkan dengan motivasi dan kata semangat menduduki ujian

Seminar Bahasa Arab Calon UPKK SK Legeh 1

Seminar Bahasa Arab Calon UPKK SK Legeh 2

Seminar Bahasa Arab Calon UPKK SK Legeh 3

Seminar Bahasa Arab Calon UPKK SK Legeh 4