Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 9 November 2022 yang lalu, Unit KAFA Daerah Tanah Merah Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan UPKK Kepada Ibu Bapa Murid-murid Tahun 5 bertempat Masjid Iktikaf Kampung Gobek Panjang, Tanah Merah Kelantan. Program bermula jam 8930 pagi sehingga jam 5.00 petang. ini melibatkan penyertaan seramai 96 orang ibu bapa/penjaga kepada Murid-murid KAFA Tahun 5 di Kampung Gobek Panjang, Tanah Merah Kelantan.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk Memberi pendedahan kepada ibu bapa murid Tahun 5 mengenai pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 dan memastikan info mengenai UPKK adalah dalam makluman ibu bapa. Diharapkan program ini dapat memberi informasi dan makIumat mengenai UPKK kepada ibu bapa murid-murid KAFA Tahun 5 diterima secara jelas dan sahih.

Taklimat UPKK Kepada Ibu Bapa Murid Tahun 5 1

Taklimat UPKK Kepada Ibu Bapa Murid Tahun 5 2

Taklimat UPKK Kepada Ibu Bapa Murid Tahun 5 3