Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 16 November 2022 yang lalu, Unit KAFA Daerah Pasir Mas, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan telah mengadakan Taklimat Pengurusan Standard Operating Procedure (SOP) Pelaksanaan UPKK Tahun 2022 Daerah Pasir Mas Bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas Kelantan.Program bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. ini melibatkan penyertaan seramai 54 orang Ketua Pengawas UPKK 2022 Daerah Pasir Mas Kelantan.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk Memberi pendedahan kepada ketua pengawas UPKK mengenai persediaan, pelaksanaan, pasca peperiksaan serta SOP Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang perlu dipatuhi.. Diharapkan program ini dapat memberi informasi dan makIumat mengenai pelaksanaan, gerak kerja dan SOP UPKK agar difahami dengan jelas oleh kumpulan sasar.

Taklimat SOP UPKK 2022 Daerah Pasir Mas 1

Taklimat SOP UPKK 2022 Daerah Pasir Mas 2

Taklimat SOP UPKK 2022 Daerah Pasir Mas 3