Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Satu kunjung hormat telah diadakan pada 24 November 2022 oleh JAKIM kepada YBhg. Dato' Che Sukri bin Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Bahagian Pengurusan Pendidikan yang diketuai oleh Encik Khawi bin Che Abdul Rahman.

Dalam pertemuan yang diketuai oleh YBrs. Encik Aminudin bin Mohamad, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM dan turut disertai oleh Bahagian Pendidikan, JAKIM telah membincangkan berkaitan perjawatan Guru KAFA dan mendapatkan penerangan berkaitan pengurusan KAFA di Melaka. YBhg. Dato' Pengarah JAIM dalam sesi kunjung hormat tersebut berkata, JAIM sentiasa menyokong usaha penambahbaikan JAKIM ke arah pemerkasaan Program KAFA yang telah banyak membantu kemenjadian modal insan di Melaka khususnya.

Pada sesi sebelah petang, kunjungan diteruskan ke SRA JAIM Seri Duyong yang terdiri daripada 970 orang murid dengan 24 orang Guru KAFA dan ditadbir oleh Puan Hawa binti Yahya.

Semoga siri-siri kunjungan hormat JAKIM ke JAIM dan Agensi-agensi Pelaksana KAFA yang lain dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dalam usaha menambah baik pengurusan Program KAFA di Malaysia.

Kunjung Hormat Ke JAIM 1

Kunjung Hormat Ke JAIM 2

Kunjung Hormat Ke JAIM 3

Kunjung Hormat Ke JAIM 4

Kunjung Hormat Ke JAIM 5

Kunjung Hormat Ke JAIM 6