Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
29 November 2022 –Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah mengadakan Executive Talk ‘’Transformasi Organisasi: Keperluan Kepimpinan Yang Berfikiran Strategik’’ di Bilik Seminar Al-Bayyinah, Aras 5 Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Program ini melibatkan penyertaan hampir 130 orang pegawai dari JAKIM,JAWI,MAIWP. Alhamdulillah Pengarah-Pegarah Bahagian dan Ketua Unit juga meluangkan masa untuk hadir. Program ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir 12.15 tengah hari.

Tujuan executive talk ini diadakan adalah untuk memberi ringkasan dan kepentingan perubahan dan bagaimana organisasi mampu menangani cabaran masa kini serta menggariskan kualiti kepimpinan yang ‘’strategic fit’’ (secocok) dan cemerlang dalam memastikan perancangan organisasi.

Semoga program ini akan menatijahkan impak yang positif dan signifikan dalam melaksanakan transformasi organisasi oleh para peserta.

Executive Talk Transformasi Organisasi 1

Executive Talk Transformasi Organisasi 2

Executive Talk Transformasi Organisasi 3

Executive Talk Transformasi Organisasi 4