Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti bertindak sebagai agensi penyelaras bertanggungjawab dalam memberikan bimbingan kerohanian secara berterusan kepada komuniti yang terdiri daripada golongan gelandangan, pekerja seks, penagih dadah dan komuniti Hijrah (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) di sekitar Chow Kit.

Kelas Agama Komuniti Disayangi telah dilaksanakan bermula Jun 2022 sehingga kini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ngo Pertubuhan Kebajikan Arriqab dan Daie KL bagi memastikan mereka kembali kepada pegangan dan norma kehidupan Islam yang sebenar.

Menyedari kepentingan penerapan aspek kerohanian kepada komuniti tersebut, kelas yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Ahad ini menitikberatkan topik asas bagi seorang Muslim iaitu Akidah, Ibadah dan Akhlak berpandukan Modul Kerohanian dan Jati Diri Komuniti Disayangi yang dibangunkan oleh JAKIM.

Semoga inisiatif berterusan ini akan memberi peluang dan sinar baru kepada komuniti ini untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna sebagai seorang Muslim.

JAKIM Anjur Kelas Agama Percuma Bagi Komuniti Disayangi