Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Putrajaya – 06 Disember 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat Siri 3/2022 yang memberi fokus kepada isu-isu Syariah yang terdapat dalam urusan jual beli secara online. Diskusi yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sehingga jam 11.30 pagi bertujuan untuk memberi maklumat dan kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu-isu jual beli secara online yang kini menjadi satu keperluan dan amalan seharian pengguna.

Isu-isu Syariah ini telah dikupas secara terperinci oleh Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Penyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan hoskan oleh Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin, salah seorang Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam di Malaysia.

Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan twitter.

Diskusi Penyelidikan Muamalat Siri 3 2022 1

Diskusi Penyelidikan Muamalat Siri 3 2022 2

Diskusi Penyelidikan Muamalat Siri 3 2022 3

Diskusi Penyelidikan Muamalat Siri 3 2022 4