Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUALA LUMPUR, OKTOBER 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan sebanyak 100 kali Kelas Agama Komuniti Disayangi yang menyasarkan kepada komuniti gelandangan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Pusat Transit Gelandangan Anjung Kembara, Pusat Intervensi Anjung Singgah dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit. Sepanjang bulan Julai sehingga Oktober tahun 2022.

Kelas agama ini berpandukan Modul Kerohanian dan Jati Diri (Komuniti Disayangi) yang menggabungkan tiga bahagian penting kepada kehidupan seorang Muslim iaitu Pengukuhan Akidah, Ibadah dan Akhlak. Kelas Agama ini dilaksanakan dengan menggunakan khidmat tenaga pengajar Guru Takmir Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bahagian KSK melalui Unit Sukarelawan Sosial Islam telah dan akan mengadakan pemantauan secara berkala ke semua pusat aktiviti gelandangan berkenaan bagi memastikan keberkesanan penyampaian modul oleh Guru Takmir selari dengan bimbingan dalamTraining of Trainers yang telah dijalankan sebelum ini.

Penerapan nilai-nilai agama yang diketengahkan dalam modul ini diharapkan dapat meningkatkan kerohanian dan kesejahteraan bagi kehidupan yang lebih baik. Ini selari dengan Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 dan Pelan Tindakan Sosial Islam 2019-2025. Harapan JAKIM agar modul ini dapat diaplikasikan sebaiknya demi menjaga dan memelihara kesejahteraan masyarakat berlandaskan prinsip maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Kelas Agama Komuniti Disayangi 1

Kelas Agama Komuniti Disayangi 2

Kelas Agama Komuniti Disayangi 3

Kelas Agama Komuniti Disayangi 4