Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
13 Disember 2022, Selasa : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Malaysia AIDS Council (MAC) dan Alliance For Public Health Ukraine (AU) telah menjayakan satu webinar secara atas talian bagi membincangkan berkenaan HIV, Harm Reduction and Islam. Webinar ini telah menampilkan Tuan Haji Ruslan bin Said (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM) bagi menyampaikan sudut pandang dan peranan JAKIM dalam membendung penularan jangkitan HIV dalam masyarakat terutamanya kepada yang beragama Islam. Webinar pada kali ini juga turut disertai oleh wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, wakil-wakil NGO di Malaysia dan juga wakil-wakil pembentang daripada NGO luar negaranya antaranya daripada Senegal, Kazakhstan dan Asia Tengah.

Objektif utama perbincangan dalam webinar adalah untuk mendapat kupasan idea daripada para pembentang berkenaan langkah-langkah yang pernah dan sedang dilakukan melalui platform masing-masing dalam usaha pengurangan mudarat (harm reduction) terhadap HIV. Tuan Haji Ruslan bin Said selaku wakil JAKIM telah memberi perkongsian, yang mana JAKIM telah melaksanakan Mukhayyam kepada pesakit-pesakit ini bagi membantu mereka dari sudut semangat kerohanian melalui aktiviti kaunseling, pengamalan nilai-nilai Islam serta penekanan terhadap kewajipan mendirikan solat dalam kehidupan seharian.

Webinar ini juga berfungsi sebagai platform terbaik dalam perkongsian pengalaman daripada wakil-wakil NGO luar negara yang mendedahkan tahap HIV di negara mereka dan usaha-usaha yang telah dijalankan. Pihak JAKIM mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur webinar dan semua pembentang yang mengambil bahagian dan diharapkan perbincangan positif seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

HIV HARM REDUCTION and ISLAM 1

HIV HARM REDUCTION and ISLAM 2

HIV HARM REDUCTION and ISLAM 3

HIV HARM REDUCTION and ISLAM 4

HIV HARM REDUCTION and ISLAM 5

HIV HARM REDUCTION and ISLAM 6