Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Pemantauan, Bahagian Pendidikan, JAKIM telah mengadakan Program Pemantauan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Selangor Tahun 2020 dan 2021 pada 20 disember 2022 bertempat di Maahad Tahfiz Integrasi Dar Al-Hikmah, Hulu Langat Selangor. Pemantauan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan penggunaan bantuan peruntukan berkenaan digunakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Antara pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pemantauan ini ialah Puan Jamilah Binti Muhammad Jamil (Ketua penolong Pengarah Cawangan Penyelarasan Pendidikan) Bahagian Pendidikan JAKIM, Encik Mohd Atiq bin Zulnorin, Cik Nur Syazwani binti Badruddin dan Cik Amirah binti Mohemed Zharaubi, pegawai dari Unit Pemantauan, Cawangan Penyelarasan Pendidikan JAKIM. Turut sama dalam program ini ialah Encik Azman bin Mohd Lana, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati bahawa institusi yang terlibat telah berjaya menyiapkan ke semua skop kerja seperti yang telah dipohon. Diharapkan peruntukan yang diterima dapat membantu pihak Institusi pendidikan Islam dapat beroperasi dengan lebih baik.

Pemantauan Peruntukan kepada Selangor 2020 2021 1

Pemantauan Peruntukan kepada Selangor 2020 2021 2

Pemantauan Peruntukan kepada Selangor 2020 2021 3

Pemantauan Peruntukan kepada Selangor 2020 2021 4