Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 4 Januari - Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Puan Nor Safina Zainal telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertujuan merapatkan ukhuwah di samping bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia.

Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Haji Asmadi Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) dan disertai oleh Tuan Haji Sheikh Mohd Firdaus Sheikh Othman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam, MUIP.

Hadir bersama Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Profesionlisme, Puan Zaizurina Mansor, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Kompetensi, Puan Adawiah Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Puan Khairani Hussin dan Encik Mohd Nazri Abdul Majid.

Kunjungan hormat ini juga memfokuskan pengurusan pelaksanaan program latihan untuk memenuhi keperluan mengendalikan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam bagi melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini terus cemerlang.

Kunjung Hormat MUIP Ke ILIM 2