Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
BANGI, 5 Januari – Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menerima kunjungan hormat dari Malayan Banking Berhad (Maybank), di ILIM Kampus Utama Bangi.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Wan Mohd Fathi Nordin, Ketua Pembelajaran dan Pensijilan Kumpulan Maybank diiringi Faizah Mohamed Nazir, Encik Airil Rizman Izhar, Pegawai Agama Maybank dan Encik Mohd Nasrul Yaqin Abdullah, Pegawai Agama Maybank.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia.

Kunjungan hormat ini juga memfokuskan pengurusan pelaksanaan program latihan untuk memenuhi keperluan mengendalikan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam bagi melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini terus cemerlang.

Kunjung Hormat Dari Maybank 1