Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 10 Januari 2023, Mesyuarat Pengurusan KAFA Bil.1/2023 & Jamuan Akhir Tahun SPKK 2022 telah diadakan di Ibis Style Hotel Kota Bharu. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) & Kelab SPKK melibatkan kehadiran Warga SPKK seramai 33 orang.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah berkaitan isu-isu berbangkit sepanjang tahun 2022 dan perancangan bagi tahun 2023. Mesyuarat selesai pada jam 1.50 tengah hari dan diteruskan dengan majlis jamuan akhir tahun serta sesi bergambar kenangan.

Mesyuarat KAFA Bil 1 2023 1

Mesyuarat KAFA Bil 1 2023 2

Mesyuarat KAFA Bil 1 2023 3

Mesyuarat KAFA Bil 1 2023 4