Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
14 JANUARI 2023, Sabtu: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Komuniti Tarbiah Sentap (KTS) telah menjayakan Seminar Kesedaran Isu Sosial Abad Ke-21 (SKISA21) bertempat di Auditorium Rashdan Baba, UPM. Seminar ini diadakan bertujuan menyemai kesedaran berkenaan realiti isu sosial yang semakin meruncing dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dan mahasiswa institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Ustazah Noor Haliza binti Ali (Ketua Penolong Pengarah) yang mewakili Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah merasmikan SKISA21 yang dihadiri oleh 93 orang peserta dari kalangan sukarelawan dan mahasiswa/mahasiwi IPT.

SKISA21 diteruskan lagi dengan beberapa pengisian slot seperti berikut:

Slot 1 : Revolusi Dakwah Alaf Baru
Ustaz Adnin Roslan (Pengasas Tarbiah Sentap)

Slot 2 : Usaha JAKIM Dalam Menangani Isu Sosial
Ustaz Muhammad Shabil Muhafiz bin Harun (Penolong Pengarah KSK)

Slot 3 : Hijrah Kepada Fitrah
Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof (Penolong Pengarah Kanan KSK)

Slot 4 : Isu Kekeluargaan & Gejala Sosial
Dr. Rozanizam Zakaria (Pakar Psikiatri, Kementerian Kesihatan Malaysia -KKM)

Slot 5 : Kanak-kanak Delinkuen & Peranan Komuniti
Puan Nuridawati binti Mohd Noor (Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat - JKM)

Slot 6 : Tuntutan Pencegahan Dadah Dalam Maqasid Syariah
Tuan Mohd Farid bin Mohamad Japeri (Penolong Pengarah Kanan, Kementerian Dalam Negeri - KDN)

Kerjasama erat antara JAKIM dan KTS serta NGO-NGO lain di luar sana diharapkan dapat diteruskan lagi menerusi seminar seumpama ini dan program-program lain yang berfokuskan misi islah kepada semua peringkat masyarakat.

Seminar Kesedaran Isu Sosial Abad Ke 21 1

Seminar Kesedaran Isu Sosial Abad Ke 21 2

Seminar Kesedaran Isu Sosial Abad Ke 21 3

Seminar Kesedaran Isu Sosial Abad Ke 21 4

Seminar Kesedaran Isu Sosial Abad Ke 21 5

Seminar Kesedaran Isu Sosial Abad Ke 21 6