Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Taklimat Pengurusan KAFA Bil.1 tahun 2023 Daerah Kota Bharu bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu pada 15 Januari 2023 jam 9.00 pagi.

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh penyelaras KAFA sekolah daerah Kota Bharu seramai 96 orang. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada penyelaras bagi tahun 2023 mengenai pengurusan KAFA di sekolah-sekolah negeri Kelantan seluruh negara. Taklimat dilaksanakan mengikut zon sekolah dengan zon 1 diadakan pada 15/1/2023 dan zon 2 diadakan pada 16/1/2023.

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kota Bharu 5

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kota Bharu 1

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kota Bharu 2

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kota Bharu 3

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kota Bharu 4