Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit KAFA Daerah Tumpat, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) Bahagian Pendidikan Jakim telah mengadakan Taklimat Pengurusan KAFA bil.1 tahun 2023 daerah Kota Bharu bertempat di Dewan Gerakan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat pada 1 januari 2023 jam 9.00 pagi.

Sesi taklimat ini telah dihadiri 72 orang penyelaras KAFA dan guru data. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk menyampaikan taklimat pengurusan dan bimbingan kepada penyelaras KAFA dan guru data yang baru dilantik mengenai gerak kerja KAFA di sekolah.

Diharapkan taklimat yang diadakan ini dapat mendedahkan penyelaras dan guru data supaya maklum dan jelas akan peranan dan tugas masing-masing.

Taklimat Pengurusan KAFA Bil 1 2023 Daerah Jeli 1

Taklimat Pengurusan KAFA Bil 1 2023 Daerah Jeli 2

Taklimat Pengurusan KAFA Bil 1 2023 Daerah Jeli 3

Taklimat Pengurusan KAFA Bil 1 2023 Daerah Jeli 4