Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
26 Januari 2023 - Bahagian Pendidikan JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHAEIK) telah mengadakan Majlis Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara bersama Pengarah Bahagian Pendidikan.

Pertemuan secara dekat dengan warga pengurusan KAFA di zon Utara adqlah bagi mendengar dan mencari jalan yang terbaik bagi mempertingkatkan pelaksanaan KAFA.

Di dalam amanat YBrs. Ustaz Mohd Zamri bin Mohamed Shapik menjelaskan bahawa JAKIM sentiasa prihatin terhadap hal ehwal KAFA dan konsisten di dalam usaha memenuhi hasrat visi dan misi pelaksanaan KAFA di seluruh Malaysia. Bagi mencapai hasrat tersebut usahasama antara JAKIM dengan Agensi Pelaksana Negeri perlu dititik beratkan dengan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih sistematik, tadbir urus KAFA yang seragam di samping pengurusan risiko dan cabaran semasa melaksanakan tugas.

Keberhasilan KAFA menjadi satu program pilihan masyarakat Malaysia bagi memperkukuhkan pendidikan Islam kepada generasi muda sekali gus menjadi pelengkap kepada pembentukan masyarakat madani. Turut hadir dimajlis tersebut Syeikh Hasbullah bin Md. Mukhtar Pemangku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHAEIK dan Syeikh Ahmad Noorhadi bin Ahmad Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHAEIK.

Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara 1

Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara 2

Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara 3

Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara 4

Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara 5

Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara 6

Perjumpaan Penyelia KAFA Zon Utara 7