Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit KAFA Daerah Kuala Krai, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Taklimat Pengurusan KAFA bil.1 tahun 2023 daerah Kuala Krai bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sk Pahi, Kuala Krai pada 19 januari 2023 jam 9.00 pagi.

Sesi taklimat ini telah dihadiri 40 orang penyelaras KAFA dan guru data. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk untuk memastikan pengoperasian KAFA Daerah Kuala Krai tahun 2023 berjalan lancar.

Diharapkan taklimat yang diadakan ini dapat mendedahkan penyelaras dan guru data supaya maklum dan jelas akan peranan dan tugas masing-masing agar pengoperasian KAFA di peringkat sekolah dan daerah lebih teratur.

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kuala Krai 1

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kuala Krai 2

Taklimat KAFA Bil 1 2023 Daerah Kuala Krai 3