Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit KAFA Daerah Bachok, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Taklimat Guru Kewangan dan Guru Data Kafa 2023 Daerah Bachok bertempat di Pusat Kegiatan Guru Badak, Bachok Kelantan pada 19 Januari 2023 Jam 9.00 pagi.

Sesi Taklimat ini telah dihadiri 34 orang guru data dan 34 orang guru kewangan. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai proses tuntutan elaun dan penggunaan Portal Simpeni kepada guru kewangan dan guru data tahun 2023.

Diharapkan taklimat yang diadakan ini dapat mendedahkan guru kewangan dan guru data agar jelas dengan bidang tugas dan gerak kerja masing-masing.

Taklimat Guru Kewangan Dan Data KAFA 2023 Bachok 1

Taklimat Guru Kewangan Dan Data KAFA 2023 Bachok 2

Taklimat Guru Kewangan Dan Data KAFA 2023 Bachok 3

Taklimat Guru Kewangan Dan Data KAFA 2023 Bachok 4