Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 27 januari 2023 yang lalu, satu lawatan ke Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Masjid Taman Temerloh Jaya, Daerah Temerloh Pahang telah diadakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik diiringi Tuan Qadhi Daerah Temerloh,

Lawatan yang dijalankan itu meninjau perjalanan Program KAFA di lokasi dimana ia mempunyai kawasan yang terhad dan terpaksa menjadikan kabin sebagai kelas.

Diharapkan lawatan yang dijalankan ini dapat memberi input dan maklumat keberkesanan Program KAFA berdasarkan keadaan situasi lokasi supaya pihak berwajib dapat menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan sesuai.

Lawatan ke KAFA Daerah Temerloh 1

Lawatan ke KAFA Daerah Temerloh 2

Lawatan ke KAFA Daerah Temerloh 3