Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Akademik, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Mesyuarat Pemilihan Buku Teks KAFA Tahun 4 Negeri Kelantan bertempat di Dewan Al-Fateh, Persatuan Kebajikan Pengurusan KAFA Negeri Kelantan (PERKAFA), Paloh, Tanah Merah Kelantan pada 26 Januari 2023 Jam 9.00 pagi.

Mesyuarat ini telah dihadiri 7 orang guru yang merupakan Biro Akademik PERKAFA Negeri Kelantan. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaras penggunaan Buku Teks KAFA Tahun 4 di sekolah Negeri Kelantan tahun 2023.

Hasil mesyuarat yang diadakan telah menetapkan bahawa Penggunaan Buku Teks KAFA Tahun 4 diputuskan melalui proses pemilihan, disokong dengan justifikasi lengkap sebelum digunakan di sekolah-sekolah di seluruh Negeri Kelantan.

Pemilihan Buku Teks KAFA Tahun 4 Kelantan 1

Pemilihan Buku Teks KAFA Tahun 4 Kelantan 2

Pemilihan Buku Teks KAFA Tahun 4 Kelantan 3