Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit KAFA Daerah Bachok, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) Bahagian Pendidikan JAKIM dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pengurusan KAFA Negeri Kelantan (PERKAFA) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Buku Teks KAFA 2023 Daerah Bachok Guru Kewangan dan Guru Data Kafa 2023 Daerah Bachok bertempat di Dewan An-Nur, Masjid Mukim Badak, Bachok Kelantan pada 30 Januari 2023 Jam 8.00 pagi.

Sesi Taklimat ini telah dihadiri 34 orang guru buku TEKS KAFA dan 2 orang wakil Biro Ekonomi PERKAFA Negeri Kelantan. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk menyelaras urusan tempahan dan penggunaan Buku Teks KAFA di sekolah Negeri Kelantan tahun 2023.

Diharapkan taklimat yang diadakan ini dapat mengoptimakan penggunaan buku teks KAFA agar digunakan secara meluas di sekolah-sekolah di seluruh Negeri Kelantan.

Taklimat Pengurusan Buku Teks KAFA 2023 Daerah Bachok 1

Taklimat Pengurusan Buku Teks KAFA 2023 Daerah Bachok 2

Taklimat Pengurusan Buku Teks KAFA 2023 Daerah Bachok 3