Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
2 Februari 2023 – JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Delegasi JAKIM telah diketuai oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM diiringi lima orang pegawai Bahagian Pendidikan. Manakala di pihak IPGM pula diketuai oleh YBhg. Dr Rosli bin Yacob, Timbalan Rektor IPGM serta pegawai-pegawai IPGM. Kunjungan Hormat tersebut telah diadakan di Bilik Senat, IPGM Cyberjaya, Selangor.

Kunjugan hormat ke IPGM ini adalah salah satu inisiatif yang bertujuan meningkatkan kolaborasi berkaitan kepakaran tenaga pengajar untuk dikongsikan bersama khususnya kepada guru-guru pondok, tahfiz, Sekolah Agama dan KAFA. Kedua-dua jabatan saling bertukar pandangan dan pendapat agar segala usaha yang akan dilaksanakan dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dr Rosli bin Yacob dan pihak IPGM atas masa yang diberikan dan kesudian mendengar isu-isu yang dibangkitkan. Semoga kerjasama yang dirancang membuahkan impak yang terbaik kepada pelajar.

Kunjungan Hormat JAKIM Ke IPGM 1

Kunjungan Hormat JAKIM Ke IPGM 2

Kunjungan Hormat JAKIM Ke IPGM 3

Kunjungan Hormat JAKIM Ke IPGM 4