Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Cawangan Pengurusan KAFA Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Penggunaan Kurikulum Dan Buku Teks Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tahun 2023 bertempat di Dewan Dewan Syura B, Aras 2, Blok B Kip pada 3 Februari 2023 jam 10.00 pagi.

Mesyuarat ini telah dihadiri 21 orang wakil agensi pelaksana KAFA Negeri seluruh negara. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan berkenaan penggunaan kurikulum buku teks KAFA JAKIM yang baharu, serta mengenalpasti sebarang permasalahan yang timbul dalam penggunaan kurikulum dan buku teks KAFA oleh Agensi Pelaksana KAFA Negeri.

Dalam ucapan pengerusi, semua ahli mesyuarat telah dimaklumkan berkenaan kepentingan penyelarasan penggunaan kurikulum dan buku teks untuk keseragaman penggubalan soalan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk semua negeri.

Dalam mesyuarat ini juga beberapa perkara dan cadangan telah dibentangkan antaranya pelaksanaan Program KAFA dari 3 hari ke 5 hari, pelaksanaan KAFA Pratahfiz, Modul Murid Bekeperluan Khas Masalah pembelajaran, Pentaksiran KAFA dan agihan peruntukan elaun guru KAFA bagi suku tahun pertama 2023.

Diharapkan mesyuarat dapat mencapai hasrat semua pihak dalam memperkemaskan lagi proses pembelajaran KAFA mengikut kurikulum yang ditetapkan.

Mesyuarat Penyelarasan Kurikulum Dan Buku Teks KAFA JAKIM 2023 3

Mesyuarat Penyelarasan Kurikulum Dan Buku Teks KAFA JAKIM 2023 1

Mesyuarat Penyelarasan Kurikulum Dan Buku Teks KAFA JAKIM 2023 2

Mesyuarat Penyelarasan Kurikulum Dan Buku Teks KAFA JAKIM 2023 4