Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 5 dan 6 Februari 2023, jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Syura tingkat 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya telah berlangsung majlis penutupan Bengkel semakan Garis Panduan Kokurikulum Kebangsaan JAKIM 2023 yang di sempurnakan oleh YBhg Ustaz Mohamed Zamri bin Mohamad Syafik, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. 13 orang Ahli Jawatankuasa Teknikal yang hadir dan di bantu 2 pegawai dari Bahagian Dasar.

Dua Garis Panduan kokurikulum siap di murnikan iaitu Garis Panduan Ikhtifal KAFA Kebangsaan (IKK), Garis Panduan Kejohanan Sukan Sekolah Ugama Malaysia (KESSUMA) serta satu kertas cadangan berkaitan program Inovasi Pelajar Sekolah Agama Malaysia di bincangkan.

Diharapkan Program ini dapat memperkemaskan lagi Program Pembangunan Insan kepada semua pihak yang terlibat.

Semakan Garis Panduan Kokurikulum Kebangsaan JAKIM 2023 5

Semakan Garis Panduan Kokurikulum Kebangsaan JAKIM 2023 1

Semakan Garis Panduan Kokurikulum Kebangsaan JAKIM 2023 2

Semakan Garis Panduan Kokurikulum Kebangsaan JAKIM 2023 3

Semakan Garis Panduan Kokurikulum Kebangsaan JAKIM 2023 4