Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 7 Februari 2023, Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru Sekolah Tahfiz dan Pondok telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna IPGM, Cyberjaya, Selangor.

Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta dari Bahagian Dasar Kemajuan Islam dan Bahagian Pendidikan JAKIM, Pegawai Institut Pendidikan Guru Malaysia, seramai 20 orang.

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk membangunkan kertas cadangan peningkatan kemahiran dalam pengajaran di kalangan guru sekolah tahfiz, pondok dan madrasah di seluruh negara.

Diharapkan bengkel yang diadakan ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkemas dan mempertingkatkan operasi sistem pembelajaran tahfiz, pondok dan madrasah di seluruh negara.

Bengkel Kertas Cadangan Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru 1

Bengkel Kertas Cadangan Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru 2

Bengkel Kertas Cadangan Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru 3

Bengkel Kertas Cadangan Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru 4