Kurator Berita : Darul Quran
6 Januari 2023 - Program Sukan Huffaz 2023 (SUKFAZ 23) telah membuka tirai dengan perasmian daripada Ketua Penolong Pengarah Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Haji Mohd Nazri bin Abdullah pada hari ini. Program di bawah kelolaan Lajnah Riadah dan Rekreasi, Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran 22/23 (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama Cawangan Hal Ehwal Pelajar ini diadakan bertujuan memberi ruang serta peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam setiap acara sukan di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar.

Program SUKFAZ 23 ini akan berlangsung selama satu minggu bermula 6 Januari 2023 sehingga 15 Januari 2023. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan dari sukan outdoor mahupun indoor antaranya pertandingan catur, bola sepak, bola jaring dan banyak lagi. Turut diadakan juga acara maraton dan balapan yang terdiri dari pelbagai kategori seperti 100 meter, 4x100 meter, 800 meter, 1500 meter dan sebagainya.

Semoga SUKFAZ 23 ini dapat berjalan dengan lancar sehingga ke penghujung program.

KPP HEP DQ Rasmi Pembukaan SUKFAZ 23