Kurator Berita : Darul Quran
17 Januari 2023 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari Nik Maghfirah binti Nik Abd Rahman Zaki, pelajar semester 2 Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM yang telah terpilih sebagai finalis program realiti terbaharu Akademi Qurra' anjuran TV AlHijrah. Pengumuman ini telah disampaikan kepada pelajar tersebut oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim bersama wakil pihak TV AlHijrah iaitu Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin yang lebih mesra dipanggil Ustaz Fakhrul pada pagi tadi.

Program realiti Akademi Qurra' merupakan satu program anjuran TV AlHijrah bagi mencungkil bakat anak muda dalam bidang Tarannum yang akan disiarkan dalam TV AlHijrah bermula 28 Januari 2023 ini. Sementara saudari Nik Maghfirah merupakan antara finalis yang terpilih daripada 400 penyertaan di seluruh negara. Semoga dengan penyertaan ini dapat menarik minat penonton seterusnya menjadi medan dakwah kepada masyarakat umum.

Pelajar DQ Terpilih Finalis Akademi Qurra TV AlHijrah