Kurator Berita : Darul Quran
17 Januari 2023 - Seramai 18 orang pelajar Syukbah Qiraat, Kelas Asbahani, Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah mengadakan lawatan ilmiah ke kilang percetakan mashaf al-Quran Syarikat MyQalam Printing Sdn. Bhd. Seri Kembangan dan MyQalam Tecnology (M) Sdn. Bhd., Jalan Taman Melati Utama 4. Lawatan ilmiah para pelajar ini telah diiringi bersama dua orang pensyarah Darul Quran. Sepanjang lawatan, para pelajar DQ telah disantuni oleh staf-staf MyQalam diketuai oleh Pengarah Operasi, Encik Muhammad Fazran Islam bin Mohamed Sharif dan Pengurus, Cik Nurul Aimi binti Abdul Rani.

Objektif utama lawatan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan proses percetakan mashaf al-Quran di Malaysia. Dalam lawatan tersebut, pelajar diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana mashaf al-Quran diproses dan dihasilkan bermula daripada awal percetakan sehingga akhir pembukuan. Selain itu, program ini juga diadakan bertujuan untuk memberi maklumat tambahan kepada pelajar bagi maddah Tarikh Mushaf yang dipelajari di Darul Quran di bawah bimbingan Ustaz Mohd Aishamudin.

Semoga program ini sedikit sebanyak memberi pendedahan dan ilmu baharu khususnya kepada pelajar berkaitan pencetakan al-Quran di Malaysia.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْءَانَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
[Riwayat al-Bukhari (5027)]

Lawatan Ilmiah Pelajar Syukbah Qiraat DQ ke MyQalam