Kurator Berita : Darul Quran
19 Januari 2023 – Seramai lima orang pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah berkunjung ke Darul Quran bagi membincangkan berkenaan hala tuju pelajar tahfiz khususnya di Negeri Kedah. Ketika ini terdapat sekitar 120 maahad tahfiz al-Quran di seluruh Negeri Kedah.

Delegasi JHEAIK telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Syeikh Hasbullah bin Md. Mukhtar diikuti bersama empat orang pegawai JHEAIK. Sementara para pelawat telah disantuni oleh pegawai-pegawai Darul Quran diketuai Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim seterusnya mempengerusikan sesi perbincangan.

Dalam sesi perbincangan ini, wakil Darul Quran telah menyampaikan taklimat berkenaan Program Tahfiz TVET iaitu Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Bidang Pengurusan Masjid dan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) sebagai alternatif kepada JHEAIK. Selepas hampir satu jam setengah berbincang dan berbahas, pihak Bahagian Pendidikan JHEAIK berpuas hati dengan input-input yang telah disampaikan. Semoga dengan perbincangan pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu para huffaz khususnya di Negeri Kedah untuk mendapatkan pendidikan arus perdana.

JHEAIK Bincang Dengan DQ Bantu Hala Tuju Pelajar Tahfiz