Kurator Berita : Darul Quran
1 Februari 2023 - Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim hari ini menerima kunjungan hormat dari Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA), Melaka. Tujuan kunjungan ini diadakan atas hasrat wakil KAQSA untuk menyampaikan taklimat berkenaan keahlian Pengarah Darul Quran dalam Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU) serta Jawatankuasa Dana Wakaf KAQSA di samping saling bertaaruf dengan Pengarah.

Delegasi KAQSA dihadiri oleh Pengetua, Ustaz Abdullah Shahir Arifin bin Ahmad Fadzil dan Timbalan Pengetua Operasi, Ustaz Humaidi bin Radzli. Turut hadir dalam sesi pertemuan ini bagi menyantuni para pelawat ialah KPP Cawangan Kualiti Darul Quran, Ustazah Rosliza binti Abd Latif dan wakil Cawangan Akademik.

KAQSA merupakan salah satu daripada 10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) yang menjalinkan kerjasama bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat. KAQSA juga ketika ini merupakan satu-satunya LTDQ yang menawarkan Syukbah Pengurusan Halal. Semoga dengan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua institusi.

Pengarah DQ Terima Kunjungan LTDQ KAQSA