Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
7-8 Februari 2023, ILIM BANGI - Kursus Kejurulatihan Program Sosial Islam anjuran Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah dilaksanakan dengan jayanya pada 7 sehingga 8 Februari 2023 di ILIM Bangi, Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan dan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti kejurulatihan berpandukan manual yang telah dibangunkan oleh Bahagian KSK JAKIM di samping melahirkan barisan fasilitator yang berkebolehan dalam mengendalikan program-program sosial dan komuniti dalam kalangan Sukarelawan Sosial Islam, para pegawai dan kakitangan JAKIM.

Antara pengisian kursus selama dua hari ini adalah kupasan Mengenai Dunia Kejurulatihan, Gamifikasi Dalam Kejurulatihan, Interpersonal Kejurulatihan dan Islamic Social Trainer yang disampaikan oleh barisan fasilitator ILIM yang terdiri daripada Encik Zulkifli bin Tukiman, Encik Mohd Azubir bin Razali, Encik Azhar bin Tuarno dan Puan Nor Junaidah binti Jaafar.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian KSK JAKIM diiringi oleh Puan Khairani binti Husin, Ketua Penolong Pengarah, Kluster Kepemimpinan Islam ILIM Bangi.

Kursus kejurulatihan Program Sosial Islam ini sangat bermanfaat kepada para peserta sebagai bekalan untuk menjadi fasilitator yang hebat dan berkepakaran dalam melaksanakan program-program menyantuni komuniti yang terjebak dengan gejala sosial.

Kursus Kejurulatihan Program Sosial Islam 1

Kursus Kejurulatihan Program Sosial Islam 2

Kursus Kejurulatihan Program Sosial Islam 3

Kursus Kejurulatihan Program Sosial Islam 4

Kursus Kejurulatihan Program Sosial Islam 5