Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 8 Februari 2023, jam 12.00 tengahari, bertempat di Dewan Al-Fateh, Pejabat PERKAFA Paloh, Tanah Merah Kelantan telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Musa'adah Kepada Penyelia dan Guru KAFA Negeri Kelantan yang di sempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut sama dalam majlis ini ialah Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM dan pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan, JAKIM, Majlis ini diadakan bertujuan untuk penyampaian bantuan kepada Penyelia dan Guru KAFA yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negeri Kelantan pada Disember 2022 yang lalu.

Diharapkan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban dan kebajikan penyelia dan guru KAFA sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.

Penyampaian Bantuan Musaadah Guru KAFA Kelantan 1

Penyampaian Bantuan Musaadah Guru KAFA Kelantan 2

Penyampaian Bantuan Musaadah Guru KAFA Kelantan 3

Penyampaian Bantuan Musaadah Guru KAFA Kelantan 4

Penyampaian Bantuan Musaadah Guru KAFA Kelantan 5

Penyampaian Bantuan Musaadah Guru KAFA Kelantan 6

Penyampaian Bantuan Musaadah Guru KAFA Kelantan 7