Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 9 Februari 2023, telah berlangsung mesyuarat Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Multaqa Huffaz Kebangsaan Tahun 2023 bertempat di Dewan Syura A, Aras 8, Blok A Kompleks Islam Putrajaya, jam 4.00 petang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, wakil Persatuan Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) serta wakil pegawai-pegawai bahagian di JAKIM. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan Pelaksanaan Multaqa Huffaz Kebangsaan Tahun 2023 yang dijangka akan diadakan pada 11 Mac 2023 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Mesyuarat Penyelarasan Multaqa Huffaz Kebangsaan 2023 2

Mesyuarat Penyelarasan Multaqa Huffaz Kebangsaan 2023 3

Mesyuarat Penyelarasan Multaqa Huffaz Kebangsaan 2023 4

Mesyuarat Penyelarasan Multaqa Huffaz Kebangsaan 2023 5