Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 12 Februari 2023, jam 11.00 pagi, bertempat di Kompleks Desa Taqwa Telemong, Kuala Terengganu telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Musa'adah Kepada Penyelia dan Guru KAFA Negeri Terengganu yang di sempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut sama dalam majlis ini ialah Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Haji Mat Zaid bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pelaburan dan Pembangunan, Yayasan Islam Terengganu dan pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan, JAKIM. Majlis ini diadakan bertujuan untuk penyampaian bantuan kepada Penyelia dan Guru KAFA yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negeri Terengganu pada Disember 2022 yang lalu.

Diharapkan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban dan kebajikan penyelia dan guru KAFA dalam meneruskan kehidupan seharian.

Bantuan Musaadah Penyelia dan Guru KAFA Terengganu 1

Bantuan Musaadah Penyelia dan Guru KAFA Terengganu 2

Bantuan Musaadah Penyelia dan Guru KAFA Terengganu 3

Bantuan Musaadah Penyelia dan Guru KAFA Terengganu 4

Bantuan Musaadah Penyelia dan Guru KAFA Terengganu 5