Kurator Berita : Bahagian Dakwah
13 Februari 2023, Kompleks Islam Putrajaya

Kepesatan pengguna media sosial pada hari ini melahirkan ramai pendakwah-pendakwah dan influencer agama. Namun, ramai juga yang menjadikan konten agama sebagai satu ‘ attraction’ menaikkan ‘view’ semata- mata malahan memberi gambaran yang tidak tepat sepertimana ajaran Islam yang sebenar.

Oleh itu, satu perbincangan meja bulat ke penyediaan garis panduan perkongsian berkaitan agama islam di media sosial diadakan bagi membincangkan isu isu berkaitan. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim, Tuan Haji Ruslan Bin Said berserta wakil-wakil daripada kementerian, agensi dan bahagian di Jakim.

Bagi mencapai hasrat tersebut Bahagian Dakwah JAKIM selaku penyelaras 𝑅𝑜𝑢𝑛𝑑 𝑇𝑎𝑏𝑙𝑒 𝐷𝑖𝑠𝑐𝑢𝑠𝑠𝑖𝑜𝑛 (RTD) bersama- sama mengadakan perbincangan dengan wakil wakil daripada agensi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Undang-undang, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Penyelarasan dan Penguatkuasaan Syariah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti dan Unit Komunikasi Korporat Jakim.

Garis Panduan yg di wujudkan ini adalah bertujuan untuk memastikan penceramah agama menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 1

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 2

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 3

Melahirkan Penceramah Media Sosial Beretika Bertanggungjawab 4