Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Bengkel Pemurnian Cetakan Edisi Baharu Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam Karya Prof. Dr. Taha Jabir Fayyadh Al-Álwani Siri 2/2023. Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari pada 25 hingga 26 Januari 2023 di Dewan Syura B, Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya, yang melibatkan kerjasama daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Pemurnian Cetakan Edisi Baharu Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam Siri 1/2023 yang telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2023.

Bengkel selama dua hari ini telah berlangsung dengan jayanya hasil komitmen dan kesungguhan serta kerjasama daripada semua ahli bengkel dalam usaha untuk menerbitkan buku Perbezaan Pendapat dalam Islam edisi yang baharu ini.

Bengkel Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam Siri 2 2023 1

Bengkel Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam Siri 2 2023 2

Bengkel Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam Siri 2 2023 3